Thursday, August 22, 2013

shuh al hawa!

Salam 'ala manittabaal huda
 (selamat sejahtera ke atas sesiapa yang mengikuti hidayah Allah)

bismillah...

tiap antara kita baik yang faham mahupun yang belum memahami islam secara keseluruhannya 
pasti ada cara tersendiri untuk menaikkan imannya tika jiwa dihimpit nafsu keduniaan,,, 

atau senang cerita futurrrrr

***

ya, saya juga pernah merasakan yang demikian, 
saat iman mula rasa longlai, hati meronta-ronta mahukan ubat

sedangkan ubat yang dimahukan sememangnya sudah ada di depan mata

-QURAN-

***

Tapi kerna nafsu malas, kenapa tanganmu tidak tergagah mencapai mushaf agung itu?

Allahu Allah...manusia memang suka pada nafsu kan?
suka pada dunia yang sebenarnya hanyalah 'mataaaaa'

"mataa'ul hayaati dunya"

"kesenangan yang sementara"

"dijadikan terasa indah pada pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertampuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik" 
(ali-imran 3: 14)

aahh...manusia ada ilmu, tahu semua tu adalah nafsu semata

tapi still masih mahu turuti keinginannya, bahkan ada yang sanggup menjadikannya sebagai thaghut!

naudzubillah

kenapa?

sebab kita sudah lupa bahawa suatu hari nanti kita akan dibangkitkan

amalan kita akan dihisab

segala perbuatan kita akan dipaparkan

AllahuAllah....ngerii

bimbang melihat diri sendiri dan masyarakat dunia...
kita adalah masyarakat muslim tapi seolah-olah kita bukan muslim pun...
rupanya hanya fizikalnya muslim tapi tidak jiwanya...

"learn islam, not inherit it"

ayuh? keimanan hanya boleh diperoleh dengan ilmu...

ya..ilmu yang mampu menyelamatkan kita, tapi dengan kehadiran nafsu,  ilmu yang bertampuk di dada juga tidak mampu membuang sifat kafir seorang manusia...

kerna itu, perlunya kita mencari ilmu islam, memahami dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita, 
serta kenali musuh-musuh kita

kesimpulannya, nafsu mesti dilawan.

**fullstop**

lalu, di mana patut diletakkn diri kita?

sudah siap mahu bertempur dengan nafsumu sendiri? 

ayuh, mari sama-sama kita cuba untuk melatih diri, 
sentiasa ingat kematian kita

sentiasa muhasabah apa amalan kita...
nafsu yang jahat kalau diturutkan akan menjatuhkan kita dalam kancah kebinasaan kan?

walaupun kita ada ilmu

"Adakah engkau lihat orang yang menjadi nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) 
selepas didatangi ilmu kepadanya 
(Muhammad 47:14) 

peringatan buat diri sendiri yang akan dimamah ulat suatu hari nanti, juga sahabat fillah

qurratu'ain